Bursa Malaysia ditutup positif

Bursa Malaysia ditutup positif

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 7.38 mata kepada 1,748.26 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,740.88 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,756.09.

Jumlah dagangan sebanyak 3.24 bilion unit bernilai RM3.33 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 463 berbanding 663 dengan 556 kaunter tidak berubah dan 953 tidak diniagakan.

Dalam pada itu, STI Singapura naik 52.41 mata atau 1.07 peratus kepada 4,944.68 dan Nikkei Jepun meningkat 2,065.48 mata atau 3.92 peratus kepada 54,720.66.

Sementara itu, indeks KOSPI Korea Selatan turut melonjak 338.41 mata atau 6.84 peratus kepada 5,288.08 ketika berita ini ditulis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN