Bot persiaran Thailand karam di Tanjung Sedili

Bot persiaran Thailand karam di Tanjung Sedili

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sebuah bot persiaran milik Thailand yang dilaporkan sedang berlayar menuju ke Singapura karam di perairan Tanjung Sedili, dekat sini kelmarin.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd. Najib Sam berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan pada pukul 9 malam memaklumkan bot tersebut mengalami kebocoran sebelum terputus hubungan.

Katanya, tindakan pantas operasi mencari dan menyelamat yang digerakkan berjaya menyelamat lima kru bot berkenaan.

“Susulan laporan diterima, aset Maritim Malaysia digerakkan segera ke lokasi kejadian. Pencarian yang dilakukan pada awalnya berdepan cabaran berikutan keadaan gelap dan jarak penglihatan terhad.

“Sekitar pukul 8.30 pagi semalam, kesemua mangsa ditemui nelayan tempatan dalam keadaan terapung di laut, kira-kira 7.1 batu nautika timur Tanjung Siang,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kesemua mangsa dibawa ke Terminal Feri Tanjung Pengelih, di sini sebelum diberikan rawatan awal oleh petugas kesihatan.

“Lima kru lelaki warga Thailand berusia antara 43 hingga 74 tahun dilaporkan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius. Mangsa seterusnya dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili sebelum diserahkan kepada Kedutaan Thailand bagi tindakan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN