Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Seputeh meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Seputeh meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk A. Rahim Aman meninggal dunia hari ini.

Pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii melalui laman sosial Facebooknya.

“Belasungkawa buat UMNO Bahagian Seputeh atas pemergian mantan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk A. Rahim Aman. Beliau merupakan seorang individu yang baik, berjiwa besar dan sentiasa mendahulukan kebajikan ahli serta masyarakat di sekelilingnya.

“Pemergian beliau adalah satu kehilangan yang dirasai bukan sahaja oleh keluarga, malah seluruh warga UMNO Bahagian Seputeh. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Allahyarham juga merupakan Ketua UMNO Cawangan Petaling Utara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN