Bahagian Bersatu terbubar jika semua letak jawatan

Bahagian Bersatu terbubar jika semua letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terbubar secara automatik apabila semua ahli jawatankuasa (AJK) meletakkan jawatan dan keluar parti walaupun mereka tiada kuasa mengumumkan perkara tersebut.

Ketua Penerangan Bersatu Larut, Mohd. Azurin Abdul Wahab berkata, apabila kesemua AJK bahagian melepaskan jawatan, struktur kepemimpinan bahagian berkenaan secara teknikalnya tidak lagi wujud dan perlu digantikan dengan penubuhan jawatankuasa penaja baharu.

“Memang ada ketetapan ahli jawatankuasa cawangan parti tidak mempunyai kuasa untuk mengumumkan pembubaran cawangan mereka.

“Cuma apabila semua AJK bahagian letak jawatan, automatik bahagian itu terbubar. Kena buat jawatankuasa penaja lain. Cari jawatankuasa penaja lain untuk wujudkan balik bahagian itu dan tidak perlu dapatkan kebenaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pun,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Penera­ngan Armada, Harris Idham Rashid berkata, ahli jawatankuasa cawangan parti, tiada kuasa mengumumkan pembubaran cawangan mereka.

Selain tidak berperlembagaan tiada peruntukan dalam perlembagaan parti membenarkan sesebuah cawangan dibubarkan jawatankuasanya.

Bekas Ketua Bahagian Gopeng, Ahmad Ishak berkata, pembubaran bahagian dimaksudkan ialah pembubaran AJK, bukan menutup satu-satu bahagian.

“Apa yang dimaksudkan dengan pembubaran ialah tiada lagi jentera menggerakkan bahagian. AJK dibubarkan, bahagian itu menjadi kosong tanpa AJK,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN