Anwar hadiri Konvensyen Keadilan Kedah Jumaat ini

Anwar hadiri Konvensyen Keadilan Kedah Jumaat ini

TUNKU NASHRUL ABAIDAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR dijangka menghadiri Konvensyen Keadilan Kedah yang dijadualkan berlangsung di sebuah hotel di sini, pada Jumaat ini.

Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Perdana Menteri akan menyampaikan amanat sebagai panduan dan pengukuh semangat perjuangan kepada seluruh pimpinan dan anggota parti di negeri itu.

“Kehadiran beliau juga mencerminkan komitmen kepimpinan tertinggi untuk terus memperkukuh PKR di Kedah, di samping menegaskan keperluan politik berprinsip, kepimpinan berintegriti serta pembelaan yang berterusan terhadap kepentingan dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Tunku Nashrul, konvensyen itu juga sebagai platform perancangan strategik untuk menetapkan keutamaan perjuangan, menyusun hala tuju politik negeri serta menyelaras gerak kerja parti secara lebih sistematik dan berfokus.

Katanya, ia akan menghimpunkan pimpinan serta anggota dari seluruh negeri sebagai manifestasi usaha memperbaharui iltizam PKR dalam memperjuangkan agenda reformasi, keadilan sosial serta pentadbiran yang adil, telus dan berintegriti.

“Konvensyen ini turut dijangka menjadi pemacu penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan parti dan organisasi, serta meningkatkan keyakinan anggota dalam mendepani cabaran politik semasa dan mendatang.

“Khususnya dalam mengukuhkan sokongan rakyat serta memperjuangkan tadbir urus yang adil dan berwibawa,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN