PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat pada tahap berjaga-jaga di seluruh negara sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Menurut laman MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri iaitu Kedah,Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu,Pahang,Selangor,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,Negeri Sembilan,Melaka,Johor,Sarawak serta pedalaman Sabah sehingga pukul 6 petang,hari ini.
Sementara itu, tiada amaran ribut taufan dikeluarkan dalam jangkaan masa terdekat.
MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan perubahan cuaca yang tidak menentu sepanjang perayaan dan elakkan aktiviti riadah di kawasan sungai dan berisiko.
Untuk perkembangan cuaca terkini boleh layari https://www.met.gov.my/.-UTUSAN










