Along Ezyendy meninggal dunia - Utusan Malaysia

Along Ezyendy meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Along Ezyendy meninggal dunia pada usia 46 tahun.

Allahyarham menghembuskan nafas terkakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultan Ahmad Shah, Serdang.

Berita duka itu dikongsikan sahabat kepada isteri Allahyarham iaitu Farah Adila sebentar tadi.

”Allahyarham meninggal dunia sekitar pukul 12.16 malam tadi. Along menghembuskan nafas terakhir disamping isteri dan sahabatnya, Pablo Amirul,” katanya.

Along sejak 30 Januari lepas, dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan yang disyaki doktor berpunca daripada jangkitan yang berlaku pada stent dalam saluran hempedunya.

Pelakon filem One Two Jaga dan Adiwiraku 2: The Gemencheh Boys itu dipindahkan dan ditidurkan di ICU sejak Khamis lepas disebabkan keadaanya yang merosot.

Along sebelum ini menderita penyakit buah pinggang dan pernah menjalani pemindahan organ tersebut yang didermakan isterinya pada 2021.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN