‘Alhamdulillah’ tulis Mohd. Radzi bersama foto pertemuan dengan Abdul Hadi

‘Alhamdulillah’ tulis Mohd. Radzi bersama foto pertemuan dengan Abdul Hadi

 MOHD. Radzi Md. Jidin memuat naik status memaparkan foto pertemuannya bersama Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin. - FACEBOOK DR RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin yang baru dilantik menjalankan tugas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  hari ini berkongsi gambar pertemuan beliau dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang tidak dinyatakan lokasinya.

Foto itu dimuat naik  menerusi laman sosial Facebook beliau, malam ini dengan tulisan ringkas ‘Alhamdulillah’.

Turut kelihatan dalam gambar dikongsikan Mohd. Radzi ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang juga Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Ahli Jawatankuasa Pas, Mohd. Syahir Che Sulaiman dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris.

Sementara itu, Razali turut  memuat naik status memaparkan foto pertemuan tersebut di laman sosial Facebooknya.

‘Insya-Allah,” tulisnya ringkas.

Sabtu lalu, Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MT) Bersatu bersetuju melantik Mohd. Radzi dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden.

Nama Mohd. Radzi juga antara disebut-sebut sebagai calon Ketua Pembangkang susulan pemecatan Hamzah daripada Bersatu selain Takiyuddin.

Sebelum ini, Hamzah turut memuat naik status memaparkan foto pertemuannya bersama beberapa pemimpin Pas di Rusila, Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN