Ahmad Zahid kunjungi keluarga angkat sempena Tahun Baharu Cina - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid kunjungi keluarga angkat sempena Tahun Baharu Cina

AHMAD Zahid Hamidi menggaul yee sang pada Majlis Silaturrahim Tahun Baharu Cina anjuran keluarga Beh Song Wan atau Bujang di Bagan Datuk hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meneruskan tradisi mengunjungi keluarga angkat yang berbangsa Cina sempena Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Ahmad Zahid meluangkan masa bersama keluarga Beh Song Wan atau lebih mesra dipanggil Bujang di Dewan Serbaguna Dato’ Haji Abdullah Ahmad di Hutan Melintang hari ini.

Menurutnya, berkunjung ke rumah Bujang semasa Tahun Baharu Cina sememangnya tradisi tahunan yang sentiasa beliau nantikan.

Beliau berkata, menerusi kunjungan itu terjalinnya hubungan kekeluargaan yang telah terbina sekian lama, penuh kasih dan keikhlasan.

“Majlis Silaturrahim Tahun Baharu Cina anjuran Bujang dan keluarga turut dihadiri sahabat-sahabat kepimpinan tempatan.

“Seperti biasa, suasana dipenuhi gelak tawa, hidangan enak dan pelbagai topik perbualan yang membuatkan masa terasa berlalu begitu cepat.

“Terima kasih Bujang dan keluarga yang saban tahun menjemput saya dengan sambutan yang penuh kemesraan. Semoga hubungan yang terjalin ini terus kekal erat dan diberkati, InsyaAllah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN