Setiap kali Ramadan, satu soalan hampir pasti muncul di klinik: “Doktor, saya ada gastrik dan GERD… boleh ke saya puasa?” Soalan ini kedengaran mudah, tetapi jawapannya jarang hitam putih. Lebih menarik, banyak perkara tentang puasa dan kesihatan perut sebenarnya disalah erti termasuk oleh mereka yang telah lama menghidap simptom gastrik. Ramai beranggapan perut yang kosong terlalu lama akan menyebabkan asid ‘memakan’ dinding perut. Hakikatnya, perut manusia merupakan organ dinamik yang…










