KUALA TERENGGANU: Sebanyak 54 bazar Ramadan disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Terengganu tahun ini bagi memberi peluang kepada 4,355 peniaga menjana pendapatan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penyediaan tapak bazar itu mencerminkan skala besar aktiviti ekonomi Ramadan yang melibatkan ribuan peniaga kecil dan sederhana. Kataya, daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 12 lokasi disediakan di Kuala Terengganu diikuti lima lokasi di…










