KUALA LUMPUR: Sebanyak 333.82 hektar sawah padi di Perlis musnah akibat banjir yang melanda negeri itu pada hujung tahun lalu. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perkara itu melibatkan 265 pesawah dengan tanaman yang terjejas merupakan padi berusia kira-kira 70 hari. Katanya, kerajaan bercadang menyalurkan bantuan kepada pesawah terlibat di bawah Tabung Bencana Tanaman Padi, namun perkara itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk yang dijadual…










