3,164 sekolah kurang murid di seluruh negara

3,164 sekolah kurang murid di seluruh negara

WONG Kah Woh (empat dari kanan) merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Central Site di Taman Ekoflora, Johor Bahru semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 3,164 sekolah di seluruh negara kini diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid (SKM) iaitu jumlah pelajar kurang 150 orang setakat November lalu, meningkat berbanding 3,038 buah pada 2024.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, walaupun dikategorikan sebagai SKM, sekolah berkenaan akan terus diberi perhatian dan tiada yang akan ditutup.

“Tidak kira sama ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, setiap sekolah mempunyai legasi, sejarah serta sentimen komuniti tersendiri yang akan terus dipelihara oleh kerajaan.

“Namun bagi sekolah yang mempunyai jumlah murid terlalu kecil termasuk kurang daripada lima atau 10 orang, kementerian akan mencari jalan penyelesaian melalui persetujuan bersama pihak sekolah,” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Central Site di Taman Ekoflora, di sini semalam

Beliau mengambil contoh pendekatan Kementerian Pendidikan dengan memindahkan sekolah seperti dilakukan membabitkan SJKC Central Site dari Ladang Gomali, Segamat ke Taman Ekoflora.

Kah Woh berkata, lima murid di SJKC Ladang Gomali itu akan dipindahkan ke SJKC yang berhampiran dan sekolah itu akan ditutup setelah SJKC Central Site di lokasi baharu memperoleh sijil perakuan siap (CCC).

Katanya, ini adalah antara strategi di bawah inisiatif Pelaksanaan Pelan Hala Tuju SKM selain pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred serta penggabungan SKM.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×