Seramai 30 penerima kalangan murid dan pelajar daripada pelbagai sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua menerima bantuan sempena sesi persekolahan 2026 dalam program Back To School dan
Ziarah Puteri Umno Hulu Langat dan Dusun Tua dan Semenyih yang diadakan baru-baru ini.
Turut menerima bantuan tersebut yang disumbangkan ADUN Dusun Tua, Datuk Johan Abdul Aziz yang juga Ketua Umno Bahagian Hulu Langat adalah Wania muda bawah 35 tahun iaitu golongan B40.
Program tersebut diketuai ialah Ketua Pergerakan Puteri UMNO Hulu Langat, Nurul Atikah Jalaluddin.
Antara bentuk bantuan adalah wang tunai sebanyak RM100 dan bakul makanan keperluan asas.
Menurut Nurul Atikah dalam program kali ini, konsep ziarah dari rumah ke rumah dipilih sebagai pendekatan direct touch kepada penerima.
“Alhamdulillah, pendekatan ini memberi ruang untuk kami meluangkan masa bersama penerima serta mengenali dengan lebih dekat golongan wanita muda di kawasan setempat.
Sumbangan kecil tersebut kata beliau diharap membawa keberkatan dan meringankan beban penerima. – UTUSAN










