NARATHIWAT (THAILAND): Pihak berkuasa Thailand menahan tiga lagi suspek disyaki terlibat dalam serangan di sebuah stesen minyak di Wilayah Pattani pada 11 Januari lalu. Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 29 tahun dan 34 tahun itu ditahan dalam operasi khas di tujuh kawasan di Wilayah Yala dan Pattani, Khamis lalu. Katanya, operasi serentak itu bermula kira-kira pukul 4 pagi waktu tempatan…










