10 pensyarah UTeM diiktiraf pakar semikonduktor bertaraf dunia

10 pensyarah UTeM diiktiraf pakar semikonduktor bertaraf dunia

Sebahagian daripada pensyarah UTeM yang mendapat pensijilan Semikonductor Package Assembly & Test (SAT-Pro) daripada Micron Technology, Micron Memory Malaysia di Universiti Sains Malaysia baru-baru ini .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 10 orang pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima Pensijilan Semikonductor Package Assembly & Test (SAT-Pro) daripada Micron Technology, Micron Memory Malaysia.

Pengiktirafan tersebut mengukuhkan kompetensi tenaga pengajar UTeM dalam bidang teknologi semikonduktor khususnya dalam fasa pemasangan dan pengujian yang menjadi teras industri elektronik global.

Penyertaan UTeM menzahirkan komitmen dan keupayaan universiti dalam memacu pendidikan teknikal yang berorientasikan industri apabila 10 orang pensyarah berkenaan berjaya melengkapkan proses pembelajaran intensif selama 40 jam, merangkumi modul-modul asas dan lanjutan dalam teknologi semikonduktor yang dibangunkan berdasarkan keperluan industri semasa dunia.

10 pensyarah berkenaan ialah Ts. Dr. Mohd Syafiq Abd Aziz dan Dr. Mizah Ramli daripada Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal, Atikah Razi, Norhazilina Bahari dan Ts. Muhamad Faiza Yaakub daripada Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik.

Prof. Madya Dr. Seri Rahayu Kamat dan Dr. Khairul Fadzli Samat dari Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan.

Turut menerima pengiktirafan ialah , Ts. Dr. Afifah Maheran Abdul Hamid, Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Idzdihar Idris dan Dr. Haslinah Mohd. Nasir daripada Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektronik dan Komputer.

Kesemua mereka telah menerima sijil berkenaan dalam majlis pensijilan dan pelancaran SAT-PRO yang diadakan di Universiti Sains Malaysia, baru-baru ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN