KUANTAN: Sebanyak 728.10 kilogram (kg) lebihan makanan di bazar-bazar Ramadan seluruh Pahang diselamatkan daripada dibuang dalam tempoh lima hari berpuasa, tahun ini. Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Cairul Hisham Jalaluddin berkata, angka itu direkodkan setakat kelmarin menerusi pelaksanaan Program MySaveFood. Katanya, lebihan makanan yang masih elok diagihkan ke masjid-masjid serta komuniti setempat sebagai usaha mengurangkan pembaziran sepanjang Ramadan. “Hasil pemantauan mendapati kebanyakan peniaga kini lebih…










