Yang gagal adalah perkahwinan, bukan keluarga - Yasmin Hani

Yang gagal adalah perkahwinan, bukan keluarga – Yasmin Hani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Meskipun sudah lebih tiga tahun bercerai, pelakon dan pengacara, Yasmin Hani, 46, terus mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya, Sha’ arin Razali.

Menurut Yasmin, dia dan Sha’arin tidak pernah bermasam muka malah sentiasa bersama demi memastikan kebajikan anak-anak, Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong tidak diabaikan.

“Saya dengar ada pasangan bercerai yang menafikan hak anak-anak untuk mendapatkan kasih sayang daripada ibu dan bapa mereka.

“Berdosa kita kalau buat begitu. Yang gagal adalah perkahwinan, bukan keluarga. Kalau bergaduh, biarlah antara bekas pasangan sahaja.

“Kebajikan anak-anak jangan abaikan, jadikan mereka keutamaan. Beri mereka kasih sayang secukupnya,” katanya semasa tayangan filem Pemuja baru-baru ini.

Terdahulu, Yasmin dan Sha’ arin berpisah Disember 2021 selepas 10 tahun berkahwin. Mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Yasmin atau nama penuhnya, Yasmin Hani Richardson dalam pada itu menegaskan dia tidak pernah menutup hati untuk berkahwin lagi.

“Jodoh itu ketentuan Allah. Saya pula tidak mengalami trauma yang membuatkan saya serik untuk sekali lagi berumah tangga.

“Tapi kalau ditakdirkan kembali bergelar isteri, kalau boleh saya harapkan individu yang menjadi suami saya itu boleh terima anak-anak saya dalam hidupnya, seorang lelaki yang mengutamakan keluarga (family man).

“Selain itu, individu itu haruslah dalam kalangan yang mudah bergaul dengan orang lain, suka berbuat baik dengan semua orang, berbudi bahasa dan paling penting hidupnya stabil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN