KUALA LUMPUR: Warga asing dilarang untuk membeli minyak masak peket bersubsidi yang berharga RM2.50 bermula 1 Mac ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, perkara itu selaras pewartaan larangan pembelian minyak masak paket bersubsidi oleh bukan warganegara melalui penggubalan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan di bawah Seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan 1961. “Langkah ini seiring dengan penggunaan aplikasi mobile eCOSS yang membolehkan setiap pembelian minyak…










