Wan Zack kembali sertai Perak - Utusan Malaysia

Wan Zack kembali sertai Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) mengalu-alukan kepulangan Wan Zack Haikal yang kembali ke pangkuan pasukan Perak bagi menghadapi baki saingan musim ini.

Presiden PAFA, Datuk Azhar Jamaluddin berkata, kehadiran Wan Zack diyakini mampu menambah variasi serta kreativiti di bahagian tengah serta serangan pasukan Perak yang bersaing dalam Liga A1 Semipro.

“Kehadiran Wan Zack sekali gus memperkukuhkan kekuatan Perak dalam menghadapi baki cabaran musim ini,” katanya.

Presiden Pafa itu yakin berbekalkan pengalaman luas di peringkat tertinggi bola sepak tanah air, Wan Zack diharapkan dapat memberi impak positif di atas padang.

Katanya, pemain itu juga diharap berperanan sebagai pembimbing dan sumber inspirasi kepada pemain-pemain muda Perak.

Menurutnya, Pafa turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Penang FC atas kerjasama serta profesionalisme yang ditunjukkan sepanjang proses perpindahan pemain itu.

“Selamat kembali ke bumi Perak Wan Zack Haikal, bagaikan sirih pulang ke gagang.

“Bersama kita bina sebuah pasukan yang lebih kuat, berdaya saing dan penuh semangat juang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN