Usul mengiktiraf sistem pendidikan lain mesti selari Dasar Pendidikan Negara

Usul mengiktiraf sistem pendidikan lain mesti selari Dasar Pendidikan Negara

EKOSISTEM pendidikan negara perlu diperkasakan sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri dan masa hadapan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung pendidikan negara dilaksanakan demi penambahbaikan pendidikan negara dan kesejahteraan rakyat.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, titah Seri Paduka Baginda disifatkan menjadi pedoman penting kepada seluruh warga KPM untuk terus memperkukuh ekosistem pendidikan negara sebagai teras pembinaan bangsa dan jati diri nasional.

“Titah Seri Paduka Baginda menjadi peringatan kepada seluruh warga KPM untuk sentiasa berusaha memperkasakan ekosistem pendidikan negara sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri dan masa hadapan negara.

“Ini termasuk memastikan sebarang usul mengiktiraf sistem pendidikan lain mesti selari dengan Dasar Pendidikan Negara serta mengangkat kepentingan Bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia,” katanya hari ini.

KPM berkata, ketika ini, pihaknya juga sedang memberi tumpuan terhadap pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan Kurikulum Baharu Prasekolah.

“RPM 2026-2035 adalah kesinambungan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah
tamat pada tahun lalu.

“Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan mutu pendidikan negara demi anak-anak Malaysia,” katanya.

KPM berkata, seperti dititahkan Seri Paduka Baginda, RPM 2026-2035 memberi penekanan kepada usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selain mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris serta bahasa-bahasa lain sebagai nilai tambah kepada murid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN