PETALING JAYA: Tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengkaji mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) wajar bagi memastikan penilaian murid lebih menyeluruh. Pakar pendidikan, Prof. Dr. Abdul Halim Abdullah berkata, sistem yang digunapakai kini hanya menekankan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai penilaian akhir, menyebabkan perkembangan murid sepanjang lima tahun persekolahan tidak dapat dikenal pasti lebih awal. “Jika UPSR dan PT3 dikembalikan, murid dapat dinilai secara berperingkat.…










