KUALA LUMPUR: UMNO parti itu kekal setia kepada setiap perjanjian yang dimeterai serta menghormati semangat kerjasama politik yang dipersetujui secara kolektif.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun, UMNO memberi peringatan agar mana-mana pihak tidak menyentuh sensitiviti parti atau mengapi-apikan emosi sehingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan ahli.
“UMNO menghormati keputusan kolektif dan semangat kerjasama. Namun, jangan sesekali mengusik perasaan ahli atau mencetuskan kemarahan dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab.
“Suara Pemuda didengar, suara Puteri juga didengari. Jangan cuba mengabaikan atau memandang ringan pandangan akar umbi,” katanya dalam Ucapan Dasar Presiden UMNO Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini, hari ini. – UTUSAN










