UMNO perlu bersedia kepelikan politik

UMNO perlu bersedia kepelikan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO perlu bersedia untuk berdepan dengan kepelikan politik atau kedinamikan di luar kebiasaan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Presiden UMNO, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama politik antara blok parti berlainan haluan sama ada di peringkat negeri atau Persekutuan boleh berlaku terutamanya dengan pengalaman Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

“Kita membuat keputusan menentang Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tetapi rakan kita boleh pula sepentas bersama mereka. Kesudahannya, apabila kerajaan mahu dibentuk, semua pihak duduk semeja atas nama kestabilan  politik. Tak ke pelik politik hari ini?

“Andai nanti wujud kerjasama politik antara parti berlainan haluan di peringkat negeri dan juga Persekutuan. Mungkin nanti, kerjasama di peringkat Persekutuan tidak dicerminkan dalam kerjasama politik di peringkat negeri, kerana kini politik penuh dengan kepelikan. Itulah hakikat politik yang perlu kita hadapi hari ini,” katanya dalam Ucapan Dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, situasi itu menuntut pengorbanan, kefahaman dan kebersamaan semua peringkat parti.

“Baik yang ada di atas pentas, mahupun yang di bawah. Yang di dalam mahupun yang di luar. Yang di sini mahupun di kampung halaman. Yang berjawatan mahupun tidak.

“Jangan fikir kepentingan diri sendiri, keutamaan kita  adalah UMNO sebagai sebuah parti,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN