UMNO garis tiga pembaharuan politik

UMNO garis tiga pembaharuan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO menggariskan tiga langkah pemugaran atau pembaharuan politik  bagi memastikan parti ini mampu menyediakan landasan sahsiah lebih terarah.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, idea pertama adalah pemulihan keyakinan dan sokongan orang Melayu untuk mengembalikan keyakinan bagi memperbaiki persepsi, memulihkan kredibiliti dan menampilkan UMNO sebagai wadah perjuangan Melayu yang relevan, segar dan berwibawa.

“Justeru itu, UMNO akan menganjurkan Musyawarah Nasional bagi membincangkan agenda politik  Melayu dengan merangkul semua pertubuhan, pakar-pakar, ahli akademik dan profesional Melayu,” katanya dalam Ucapan Dasar Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini hari ini.

Selain itu, kata Ahmad Zahid, keduanya adalah UMNO mesti bersedia menjadi parti yang sentiasa terbuka terhadap penyertaan dan idea baharu walaupun datang daripada luar kerangka parti untuk mendepani perubahan budaya fikir dan pola bekerja.

Katanya, ketiga pula untuk melakukan penjenamaan semula dalam kerangka kerjasama politik, kita seharusnya menyedari keadaan sudah berubah, tuntutan generasi juga semakin rencam. 

“Ini menuntut kita untuk menilai semula bentuk-bentuk kerjasama politik yang sesuai dengan situasi politik semasa. Ia termasuklah untuk kita mengkaji semula bentuk gabungan politik Barisan Nasional (BN).

“BN telah berusia lebih 50 tahun dan perlu diberikan nafas baharu agar dilihat sesuai dengan tuntutan zaman. Rakan-rakan politik yang setia selama ini perlu dirangkul bagi menambah kekuatan dan sokongan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, UMNO mencadangkan satu proses rebranding atau penjenamaan semula yang menyeluruh perlu dibuat bagi menghadapi PRU-16.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN