UMNO gagal manfaatkan AUKU tarik sokongan mahasiswa

UMNO gagal manfaatkan kelonggaran AUKU tarik sokongan mahasiswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO gagal mengambil peluang dengan kelonggaran Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 apabila tidak mendekati mahasiswa secara dekat sekali gus menyebabkan golongan itu menarik sokongan terhadap parti berkenaan.

Wakil Mahasiswa, Mohamad Amar Aidid Mohd. Zain berkata, selepas 2018, AUKU telah memberi kebebasan yang lebih luas kepada mahasiswa untuk terlibat dalam politik sama ada di dalam atau di luar kampus.

“Itu satu kelebihan yang diberikan kepada mahasiswa, kalau dulu kita melihat AUKU ini menghalang untuk menyatakan hasrat dan pendirian kita terhadap parti kita ini.

“Namun hari ini, mahasiswa telah diberikan kebebasan seluas-luasnya untuk berpolitik sama ada di dalam kampus mahupun di luar.

“Tetapi selepas kebebasan diberikan, mahasiswa pada hari ini menunggu ayahanda dan kakanda (pemimpin UMNO) untuk masuk ke dalam kampus untuk melaksanakan program bersama kami bagi memberikan pendedahan kepada mahasiswa lain berkenaan parti kita ini.

“Jadi itu realiti pada hari ini kerana saya yakin dan percaya bahawanya hari ini mahasiswa tidak sepenuhnya membenci UMNO, mahasiswa hanya hilang keyakinan dan tempat bergantung,” katanya ketika sesi perbahasan Ucapan Dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini, hari ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN