UMNO cadang kolaborasi agung parti Melayu Islam 

UMNO cadang kolaborasi agung parti Melayu Islam 

AHMAD Zahid Hamidi ketika sesi penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO mencadangkan gabungan besar satu dengan melibatkan kerjasama semua parti politik berteraskan Melayu Islam di seluruh negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kolaborasi ini tidak bertujuan untuk menggugat Kerajaan Perpaduan yang sedia ada sebaliknya, ia dicadangkan sebagai satu usaha penyatuan yang matang, berhemah dan berpaksikan kepentingan agama serta bangsa.

“Matlamat utama kolaborasi agung ini adalah untuk  menyatukan roh dan perjuangan parti-parti Melayu Islam dalam satu kerangka yang lebih besar dan inklusif.

“Tiada mana-mana parti akan dibubarkan atau dipaksa meninggalkan identiti masing-masing. Sebaliknya, semua parti akan bergabung dan bergerak bersama secara tidak rasmi sebagai langkah awal ke arah pembentukan satu gabungan besar,” katanya ketika ucapan Penggulungan Presiden Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini hari ini. 

Ahmad Zahid berkata, kerjasama ini dicadangkan bermula dari peringkat jawatankuasa, seterusnya diperluaskan ke Mesyuarat Nasional dan Majlis Perundingan Ummah. 

Menurutnya, pendekatan ini diharap dapat menyatukan kekuatan tanpa mengorbankan prinsip dan perjuangan asal setiap parti dengan mengetepikan perbezaan warna dan lambang parti demi kepentingan Islam dan Melayu, serta membawa satu suara dan satu pendirian yang lebih kukuh di peringkat nasional.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bimbang, kerana usaha ini tidak mempunyai agenda ‘tebuk atap’ atau sebarang niat untuk menjatuhkan kerajaan. Ia semata-mata bertujuan menterjemahkan keikhlasan UMNO untuk merangkul semua parti Melayu dan Islam demi memperjuangkan agenda Islam dan Melayu secara bersatu.

“Dengan kolaborasi ini, diharapkan isu-isu berkaitan kepentingan Islam dan Melayu dapat dibawa secara bersama, tersusun dan lebih berkesan demi masa depan negara,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN