HULU SELANGOR: “Saya mahu adik-adik belajar apa yang sepatutnya walaupun kami tidak pernah bersekolah.” Itu luahan Nur Hakikah Ismail, 24, anak keempat daripada tujuh beradik yang akhirnya memperoleh kad pengenalan diri yang sekali gus membuka lembaran baharu buat keluarganya. Dia berkata, sepanjang hidup mereka sekeluarga, ketiadaan dokumen pengenalan diri menyebabkan mereka dinafikan hak mendapat pendidikan formal serta terpaksa hidup dalam serba kekurangan. “Sejak kecil kami tidak bersekolah. Hidup di kampung…










