JOHOR BAHRU: Tiga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia dan seorang pemilik restoran dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berkaitan rasuah membabitkan counter setting sejak tiga tahun lalu. Tertuduh, Md. Azhar Jamal, 40; Hairizam Mohamed, 58, dan Ridzal Mohd. Yasin, 43, serta Haslan Hazilah, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Md. Azhar berdepan 14 tuduhan bersetuju…










