Tiga aliran pendidikan bukan kebangsaan sambut baik pembelajaran BM, Sejarah

Tiga aliran pendidikan bukan kebangsaan sambut baik pembelajaran BM, Sejarah

BEBERAPA orang murid mengumpul botol plastik sebelum dijual semula di SJKC Masai. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiga aliran pendidikan bukan kebangsaan menerima baik usaha kerajaan mewajibkan pembelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah seperti yang termaktub dalam Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada mesyuarat Jemaah Menteri yang turut berkongsi maklum balas itu susulan pertemuan dengan wakil tiga aliran pendidikan bukan kebangsaan baru-baru ini.

“Menteri Pendidikan telah memaklumkan bahawa pada minggu ini telah diadakan pertemuan bersama wakil-wakil dari pelbagai pihak termasuk sekolah antarabangsa, maahad tahfiz dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang mengangkat isu sijil peperiksaan bersama (UEC).

“Menteri Pendidikan memaklumkan bahawa pertemuan tersebut telah berjalan dengan sangat baik dan ada penyelarasan dari segi apa yang kerajaan berhasrat untuk laksana, diterima baik oleh semua pihak yang hadir,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Jemaah Menteri turut dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPM) juga akan mengadakan pertemuan susulan termasuk dengan pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi meneliti aspek laluan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN