Tiada keputusan muktamad dicapai Biro Politik UMNO

Tiada keputusan muktamad dicapai Biro Politik UMNO – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada kata putus dicapai pada mesyuarat Biro Politik UMNO malam tadi bagi membincangkan resolusi diputuskan pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO, Sabtu lalu.

Perkara itu disahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini yang menyatakan pihaknya membincangkan secara terbuka berhubung resolusi itu.

“Kami telah membincangkan secara terbuka dan kami telah melakukan semua penelitian dan perincian terhadap saranan Pemuda UMNO itu dan tidak ada keputusan muktamad yang telah dicapai,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hasil dan keputusan yang dicapai Mesyuarat Biro Politik UMNO yang berlangsung malam tadi.

Difahamkan, mesyuarat semalam turut membincangkan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag di Sabah selain Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung minggu depan.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa UMNO menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan untuk menjadi pembangkang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN