NARATHIWAT (THAILAND): Pihak berkuasa masih memburu 17 individu yang terlibat dengan kes rompakan sebuah kedai emas di Sungai Golok di sini, pada 5 Oktober lalu. Ia susulan Mahkamah Wilayah Narathiwat mengeluarkan waran tangkap terhadap kesemua suspek yang disyaki terlibat dalam rompakan tersebut. Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4), Kolonel Yuthanam Phetmuang berkata, siasatan pelbagai agensi termasuk Unit Forensik Polis mengenal pasti sekurang-kurangnya 19 individu terlibat dengan…










