NARATHIWAT (THAILAND): Pihak berkuasa Wilayah Narathiwat akan mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Thailand untuk melanjutkan operasi pintu lintasan sempadan di Sungai Golok yang bersempadan dengan Rantau Panjang, Kelantan, sehingga pukul 12 malam waktu Malaysia. Timbalan Gabenor Wilayah Narathiwat, Chakrit Suranatkul berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri, Majlis Keselamatan Negara dan Kabinet untuk kelulusan rasmi. Katanya, sebagai langkah awal, pengumpulan data maklumat kelebihan dan kesan pembukaan pintu sempadan sehingga…










