KUCHING: Seorang wanita kerugian hampir RM400,000 apabila ditipu sindiket pelaburan saham dalam talian tidak wujud (Navis Wealth). Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata pada 3 Disember lalu, mangsa yang berusia 40 tahun telah melabur dalam saham Navis Wealth yang ditemuinya di Facebook. Beliau berkata mangsa kemudian menerima satu pautan untuk dimuat turun iaitu https://www.naviscapital.co/ dan dimasukkan ke satu kumpulan Whatsapp pelaburan. Katanya, mangsa telah membuat pembayaran ke…










