KUALA KRAI: Pengalaman tertinggal kereta api menjadi ‘asam garam’ yang perlu dihadapi oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di sini. Mana tidaknya, perkhidmatan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Antarabandar menjadi nadi pengangkutan utama buat pelajar yang tinggal Kampung Kemubu, Bukit Abu, Slow Pok Long, Ulu Temiang dan Kuala Gris untuk ke sekolah. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Muhammad Mifzal Azfar Abdul Hafiz, 16, dari Kampung Slow Pok Long mengakui…










