KUALA LUMPUR: Pendidikan tahfiz perlu diangkat sebagai aset strategik bagi memperkukuh kedudukan Melayu dalam struktur ekonomi negara. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan pembangunan bangsa tidak hanya tertumpu kepada kekuatan ekonomi semata-mata, sebaliknya turut membina generasi yang kukuh rohani, nilai dan jati diri. Katanya, menerusi pelaksanaan Dasar Tahfiz Negara 2.0, Pra-Tahfiz, program Ulul Albab di semua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) serta…










