SEREMBAN: Sepasang suami isteri direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Nilai baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, permohonan reman terhadap suspek lelaki dan wanita berusia 30 dan 22 tahun itu yang masing-masing merupakan ibu kandung dan bapa tiri mangsa mengikut Seksyen 31 (1), Akta Kanak-kanak 2001. Katanya, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret…










