SPRM selesai rakam keterangan PAT, siasatan dilengkapkan dalam seminggu

SPRM selesai rakam keterangan PAT, siasatan dilengkapkan dalam seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya telah selesai merakam keterangan Panglima Angkatan Tentera (PAT), hari ini.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan kes penyalahgunaan dana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dijangka dimuktamadkan dalam tempoh seminggu.

Beliau berkata, proses (rakaman percakapan) itu telah selesai kira-kira pukul 5 petang tadi dan dilepaskan.

“SPRM akan melengkapkan siasatan dalam tempoh seminggu dan sebarang kemaskini mengenai siasatan kes ini akan dimaklumkan kemudian dari semasa ke semasa,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengesahkan individu berkenaan tidak akan dipanggil lagi ke SPRM untuk memberi keterangan.

Terdahulu, pegawai tertinggi ATM itu sekali hadir di Ibu Pejabat SPRM pagi ini bagi membantu siasatan berhubung tuduhan rasuah.

Difahamkan, beliau tiba kira-kira pukul 10.10 pagi, tadi namun, kehadirannya tidak dapat disedari pengamal media susulan tiada maklumat mengenai kenderaan yang digunakan.

Sebelum ini, pegawai berusia 60an itu telah berada di Ibu Pejabat SPRM selama 13 jam semalam untuk diambil keterangan berhubung tuduhan yang sama sebelum dilepaskan malam tadi.

Semalam, media melaporkan bahawa individu itu merupakan pegawai tertinggi kedua yang disiasat SPRM berhubung aktiviti rasuah dalam agensi pertahanan utama negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN