PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas yang disebarkan menerusi satu hantaran di platform TikTok oleh akaun Justicenafisa🤍 (@misuscu.yong) yang mengandungi tohmahan serta tuduhan berunsur fitnah terhadap suruhanjaya ini. SPRM dalam satu kenyataan berkata, hantaran berkenaan mendakwa kononnya pegawai SPRM telah menyerahkan satu ‘saman palsu’ dan melabelkannya sebagai satu bentuk “scam”. Katanya, dakwaan tersebut adalah tidak benar, mengelirukan orang awam serta berpotensi menjejaskan kredibiliti SPRM…










