KUALA LUMPUR: Polis menahan empat individu terbabit dengan sindiket pengedaran dadah dengan merampas 261 kilogram bahan terlarang itu dianggarkan bernilai RM13 juta dalam serbuan di Sentul, di sini, kelmarin. Serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu pejabat Polis Daerah Sentul bersama JSJN Kontinjen Kuala Lumpur di sebuah inap desa di Segambut, Sentul kira-kira pukul 7 petang, kelmarin. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tangkapan pertama dijalankan terhadap…










