Shila Amzah idola saya, dia serba boleh - Syada - Utusan Malaysia

Shila Amzah idola saya, dia serba boleh – Syada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Syada Amzah mengakui dia selesa disamakan dengan kakaknya yang juga penyanyi terkenal, Shila Amzah.

Menurut Syada, tanggapan orang ramai yang mengatakan dia mempunyai persamaan dengan Shila sama ada dari segi personaliti mahupun pembawaan diri bukanlah satu isu besar kerana mereka membesar bersama sejak kecil.

“Saya selesa sahaja orang panggil saya macam Shila Amzah. Kalau kawan-kawan jumpa saya atau kakak, mereka akan kata sebenarnya kami orang yang sama. Kami kelakar dan lebih kepada ‘dark humor’.

“Saya tak pernah ada masalah kalau orang nak cakap saya sama dengan kakak. Saya tak rasa ia sekadar perlian dan saya memang tak kisah sebab kami membesar sama-sama. Nak atau tak, kami memang akan nampak macam kembar,” katanya.

Syada berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu dalam podcast Bukak Mulut baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Syada berkata pada awalnya tanggapan sebegitu sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya, terutamanya apabila orang sering mempersoalkan mengapa dia sering dikaitkan dengan Shila.

Namun, pemikiran itu berubah seiring dengan kematangan usia.

“Kalau tahun-tahun lalu, tanggapan itu beri kesan juga. Saya tertanya-tanya kenapa orang kata begitu. Tapi lama-lama saya fikir, kami memang membesar sama-sama.

“Kalau orang pernah tengok majalah atau baca betul-betul, salah seorang idola saya memang Shila Amzah sebab nak tak nak, dia kakak saya,” jelasnya.

Syada turut mendedahkan penglibatannya dalam dunia seni bermula sejak kecil apabila sering menemani Shila ke sesi rakaman.

“Dari umur saya lima tahun, saya dah ikut kakak pergi rakaman. Itu memang sebahagian daripada hidup saya,” katanya.

Dalam pada itu, Syada tidak berselindung menyatakan kekagumannya terhadap bakat Shila yang dianggapnya sebagai seorang individu serba boleh.

“Kalau orang tanya siapa yang paling ‘multitalented’, di mata saya memang kakak saya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN