Seramai 40 orang warga Politeknik Ungku Omar (PUO) telah menyertai sesi ketiga Senam Cergas PUO 3.0 yang bertemakan calisthenic workout yang diadakan di Dewan Warisan, PUO.
Sesi ini dikendalikan oleh KBSI Ts. Dr. Ramu Velusamy yang berjaya mencetuskan semangat serta suasana penuh bertenaga sepanjang program diadakan.
Program senaman mingguan anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) PUO itu merupakan salah satu inisiatif institusi untuk memupuk budaya amalan gaya hidup sihat demi kesejahteraan kesihatan fizikal dan mental warga kerja.
Menurut Pengarah PUO, Salmi Che Meh, program seperti ini merupakan usaha murni institusi dalam menyokong keseimbangan antara kerjaya dan kesihatan.
Beliau menyifatkan senaman berkumpulan itu mampu meningkatkan tahap kecergasan warga PUO. –UTUSAN










