Saya single tapi tak mencari - Syarul Ezani

Saya single tapi tak mencari – Syarul Ezani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Syarul Ezani memaklumkan tidak pernah menutup pintu hatinya untuk mendirikan rumah tangga meskipun hasratnya untuk mengahwini seorang wanita pada tahun lepas, terkubur.

Menurut Syarul, dia menganggap apa yang berlaku sebagai takdir Allah justeru menerima segala yang ditentukan dengan hati terbuka.

“Saya tidak pernah berputus asa. Cinta bagi saya adalah perkara yang indah. Ia kurniaan Allah.

“Dan saya tidak pernah menutup hati untuk bercinta sekali lagi. Cuma saya berserah dan tak mencari,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Disoal mengenai punca perpisahan dengan wanita itu yang dikenalinya selama dua tahun, Syarul memaklumkan perkara itu tiada kena mengena dengan gangguan orang ketiga.

“Kita rancang tapi Allah tentukan. Perancangan berkahwin itu sudah terkubur, tapi saya dan dia masih berkawan.

“Tidak wujud orang ketiga. Kami putus disebabkan banyak faktor. Antaranya kerjaya dan cara kami berfikir soal perhubungan.

“Tapi saya okey. Apa yang boleh saya cakap, saya ini single dan buat masa ini, tidak mencari (pasangan),” katanya.

Dalam pada itu, pelakon tinggi lampai ini memaklumkan yang dia dalam keadaan baik dan tidak terkesan dengan perpisahan itu.

“Kami sebelum ini merancang. Tapi ditakdirkan tidak menjadi. Apa yang berlaku, baik atau buruk, saya terima.

“Saya tidak anggap perancangan kami itu sesuatu yang merugikan.

“Kami pun tak ada masa untuk rasa sedih kerana masing-masing sibuk bekerja. Kami sebenarnya okey,” kongsinya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN