Saya perlu perbetulkan salah faham ini - Iman Tang - Utusan Malaysia

Saya perlu perbetulkan salah faham ini – Iman Tang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang menafikan sindiran yang dimuat naik di Instastorynya baru-baru ini ditujukan terhadap konsert Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Sabtu lalu.

Iman dalam kenyataan berkata perkongsian tersebut secara terang-terangan tidak merujuk kepada konsert Biduanita Negara yang disifatkannya sebagai penganjuran hebat dan penuh bersejarah.

“Kenapa saya nak tujukan kepada Siti sedangkan malam itu konsert yang dibawakan penuh pengisian dan konsep. Malah konsert itu juga berlangsung penuh bersejarah.

“Hampir 65,000 penonton yang hadir mengikut tema konsert, ditambah dengan elemen kejutan seperti Siti naik kren dan melompat keluar daripada pentas.

“Kemudian konsep utama yang saya nampak pada malam itu juga adalah Siti berjaya menyatukan muzik moden dan tradisional dalam konsert yang dipersembahkannya. Bukankah apa yang dipersembahkan itu sudah hebat.

“Konsert Siti akan menjadi satu benchmark baru untuk penyanyi dan penganjur lain melakukan konsert yang lebih hebat. Sama juga dengan visi saya dalam Icon Entertainment,” katanya.

Siti sebelum ini memberi respons terhadap perkongsian seorang peminat yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan seorang penganjur acara yang dipercayai Iman Tang gara-gara kenyataannya yang dianggap seolah-olah mengkritik konsert terbaharu penyanyi tersohor negara itu.

Sambung Iman, pandangan peribadinya itu sebenarnya dilayangkan terhadap sebuah konsert lain yang dikritik hebat pada hari yang sama.

“Cuba nilai semula konsert mana yang paling banyak menerima kritikan. Pada hari tersebut berapa banyak konsert yang berlangsung. Saya tidak menyebut nama mana-mana acara dalam hantaran yang dimuat naik.

“Cuma bila dituduh sebegini saya perlu perbetulkan salah faham ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN