PORT DICKSON: Seorang warga emas yang mengusahakan sebuah kedai runcit menjadi satu-satunya individu berketurunan Baba yang tinggal di pekan Pengkalan Kempas, Linggi di sini. Lim Poh Eng, 66, atau lebih dikenali sebagai ‘Aunty Lim berkata, dia berasal dari Masjid Tanah, Melaka dan mula berniaga di pekan kecil itu sejak 30 tahun lalu selepas mengambil alih perniagaan kedai runcit milik rakan kepada mendiang ibunya. Katanya, pada peringkat awal ada segelintir penduduk…










