KUANTAN: Hakisan pantai yang semakin kritikal di Pantai Cherating Lama di sini, bukan sahaja menumbangkan puluhan pokok ru dan kelapa, malah menelan tanah chalet Kampung Inn sehingga satu hektar. Pengusahanya, Tunku Sara Eliza Tunku Ismail berkata, sejak September 2024, hakisan di pantai berkenaan menjejaskan keselamatan pelancong dan pengusaha chalet. Katanya, selain menjejaskan operasi perniagaan, hakisan menimbulkan kebimbangan keselamatan kepada pengunjung kerana jarak antara bangunan chalet dengan garis pantai semakin dekat.…










