KUCHING: Kerajaan Sarawak akan meluaskan perkhidmatan bas sekolah pintar percuma ke sekolah-sekolah lain, menjadikannya sebagai mod pengangkutan alternatif bagi pelajar ke sekolah. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bas tersebut akan dilengkapi sistem penjejakan, bagi meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap aspek keselamatan anak-anak. Pada masa sama, katanya ia membolehkan komunikasi dua hala antara pelajar dengan ibu bapa ketika berada di dalam bas sekali gus memastikan…









