Sekiranya bercuti ke Pulau Langkawi dan tinggal di hotel atau inap desa, jangan lepaskan peluang keluar awal pagi bagi menikmati sarapan di kedai-kedai yang diusahakan penduduk tempatan. Aneka menu warisan Melayu yang unik mungkin jarang dapat kita nikmati seperti pulut dengan kelapa dan ikan masin, ubi rebus dengan kelapa dan gula merah, antara hidangan yang ditawarkan di kedai makan pagi sekitar pulau ini. Antara kedai yang menawarkan aneka sarapan berkonsepkan…










