DEBUK! Terkejut saya dan keluarga yang sedang asyik menjamu selera. Bunyi kuat itu betul-betul di belakang kami. Rupa-rupanya sebiji durian gugur dari pokok, demikian suasana di The Shack @ DeRimba. Lantas seorang lelaki di sebelah meja kami terus bertanya kepada kru kafe yang mengutipnya, “Tak nak jualkah durian itu?” Itu suasana kami alami sewaktu bersarapan di The Shack @ DeRimba, baru-baru ini. Menuju ke kafe ini yang terletak di Kampung…









