Warga emas sering mengeluh sakit kaki yang menyebabkan pergerakan mereka menjadi lemah dan terhalang untuk berjalan mahupun berdiri lebih lama di sesuatu tempat. Dengan peningkatan usia, badan secara semula jadi akan mengalami perubahan degeneratif iaitu penurunan fungsi sel atau tisu tubuh. Bagi warga emas, kesakitan di kaki atau pergelangan kaki tidak semestinya berpunca dari kawasan berkenaan sahaja. Sakit di pergelangan kaki boleh disebabkan oleh masalah setempat seperti kecederaan akibat jatuh…










